Saturday 24 December 2011

Pesanan cikgu aku..

Teringat aku pada zaman sekolah rendah dahulu..

Sekitar 1990-an...

Kurangnya menonton berita di kalangan kanak-kanak, termasuk aku, menyebabkan aku tak dapat jawab soalan dari cikgu (isu semasa). Banyak menonton kartun kata nya.

Kan bahagia menonton kartun daripada menonton berita yang kurang menarik untuk di tonton. Itu dulu, dan sekarang masih adakah pesanan itu disampaikan kepada murid-murid? Adapun, mungkin berbeza...kerana ada laman sosial, laman video dan banyak lagi.

Oleh kerana cikgu memarahi aku, kadang-kadang tu di tontin juga la berita di tv. Sekarang aku terfikir macam mana budak zaman sekarang mengadaptasikan isu semasa untuk pelajaran. Kalau di tonton berita sekarang, banyak cerita karut dari Pak Politik dan anjing-anjing bawahan. Yang sorang menuduh, yang sorang lagi mempertahankan.

Itu cerekarama politik sampah Negara, lain pula dunia luar. Dengan penggulingan pemimpin-pemimpin Negara yang berlaku, apa perasaan budak sekolah rendah? Aku rasa mereka takut nak bercita-citakan menjadi pemimpin.

Jika ditanya apakah isu semasa negara atau tahu kah apa berita semalam...aku kadang-kadang berimiginasi yang mereka menjawab:

• Liwat!
• Rogol!
• Bunuh!
• Guling!
• Demostrasi!

p/s: penat aku memikirkan nya...

No comments:

Post a Comment