Friday, 9 December 2011

Hey budak banyak berborak, diam adalah pintar!

Tiba-tiba...

Dalam sedang aku diam melayan diri, datang budak borak ni membuka kata untuk berborak. Aku pun dengar atas alasan terpaksa. Dari cerita utama ke cerita seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dan entah ke mana cerita utama. Bila aku bersuara, budak borak tak setuju dengan pendangan aku. Hey! Ini pandangan aku...kalau betul, kau ubah pandangan kau, kalau salah, kau ubahkan pandangan aku. Ini tak, nak aku terima bulat-bulat pandangan kau saja. Hish! Kadang-kadang ada budak borak yang bercerita dan cuba menghasut aku agar percaya dan sokong kata-kata nya. Woi! Aku ada pandangan aku, aku ada penilaian aku sendiri. Ko jangan nak aku jawap ‘ya’ hanya untuk puas kan hati kau. Di hujung sesi bercerita, budak borak tanya aku,

BB: apa kau rasa(ttg cerita)?
SS: aku rasa aku tak nak dengar ko bercerita. Ko patut diam. (angkat dah gerak entah ke mana)

((bunyi burung gagak))

p/s: makin banyak kau cakap, makin banyak kelemahan kau tunjukkan.

No comments:

Post a Comment