Saturday 26 November 2011

Hikayat Raksasa ciptaan Nya…

Di gelar Dinosaur.

Bentuk tulangnya macam2 rupa.
Di cari-cari tulangnya, tanah di gali, di korek.
Aku percaya raksasa itu wujud..

Tapi…

Aku tak nak percaya bentuk sains makhluk di beri nama D itu.
Kerana…
Tiada siapa yang pada zaman D boleh ceritakan rupa D.
Sains adalah berlandaskan otak manusia.
Mereka mencipta pelbagai..berbagai-bagai.

Jadi..(pendapat aku)
Mereka telah mereka-reka cerita, membuat fakta-fakta sains..
Melukis bentuk rupa untuk melengkapkan struktur tulang yang di jumpai..
Lihat saja lah fakta berat, rupa paras, warna, pemakanan dan lain-lain..
Yang di jumpa hanya tulang.
Dikaji menggunakan mesin canggih buatan manusia, input-input dalam mesin
adalah dari otak manusia.

Hairan.

Dan..
Manusia seperti kanak-kanak telah di beri pengetahuan tentang D.
Kanak-kanak percaya, teruja, suka…

p/s: Aku tak tahu kenapa aku masih tak percaya dengan rupa Dinosaur ni.

Thursday 17 November 2011

Tak pernah puas atau tak bersyukur?

‘Aku kurus la..tak suka’
‘Aku nak beli weight gain..’(tambah berat)
‘Aku dah berisi wey….’(tgk perut aku)
‘Nak bersenam la..’(padahal malas)
‘aku nak beli fat burner..’(yang mahal)
‘kau tak buat badan ke?badan kau cantik kalau kau buat..’(bunyi cengkerik…)

JIKA…
Badan aku yang kurus, dah berisi, misi tercapai!
tapi aku ada penyakit, mungkin sebab efek barang yang aku ambil…
Badan aku yang berisi, dah kurus, misi tercapai!
tapi aku ada penyakit, mungkin sebab efek barang yang aku ambil…
(*belum kira halal/haram barang tu lagi)

BERSYUKUR…
Berterima kasih lah untuk apa yang kau ada sekarang…
Kerana hari ini tak sama dengan masa hadapan…
Apa yang kau makan menunjukkan diri engkau sendiri…
Kalau badan kurus/berisi tapi sihat…kan itu lebih elok..
Bersyukurlah kepadaNya dan berdoalah agar berkekalan..

p/s: ptg nanti,aku turunkan basikal..terus mengayuh..erkk!(atas tilam..)

Friday 11 November 2011

Tambah tolak masa hadapan...

Kurang setahun, aku akan habis belajar..(InsyaAllah)

Kurang setahun, aku kena fikir kerja..(cari duit)

Tahun-tahun depan,aku tak tahu aku kat mana..(myy/kul)

Nanti aku nak jadi kontraktor..(bina masjid)

Ditemani bidadari..(shh~don’t tell my girlfriend)

Aku nak jadi imam..(dalam kerajaan yang aku bina)

Aku nak buat pelaburan..pelaburan?(utk duit la..)

Aku nak itu, aku nak ini..(rumah, kereta, motor)

Aku dah malas nak tulis..(nak cuci mata..shh~)

Aku blah~